Sunday, November 29, 2009

PETISYEN PENCALONAN SEMULA PCM 09/10

Saudara dan saudari, Warga Perubatan Mansoura yang dihormati sekalian.

Petisyen Pencalonan Semula Pilihanraya Perubatan Cawangan Mansoura sesi 2009/2010

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

Berdasarkan perkara diatas, kami dengan penuh rasa hormat ingin mengemukakan satu usul penting yang berkait rapat dengan kebajikan serta masa depan kita sebagai pelajar perubatan di bumi Mansoura ini.

Pertama sekali, kami ingin menegaskan bahawa usul ini bukan bertujuan mencelarukan persatuan yang sedia ada, namun usul ini disuarakan atas dasar ingin mengukuhkan persatuan yang ditubuhkan dengan nama menyatukan suara kesemua pelajar Perubatan di bumi Mansoura ini tidak kira latar belakang agen mahupun tajaan kerana proses pencalonan yang telah diadakan dilihat sebagai tidak sesuai dan tidak sempurna atas beberapa sebab yang akan dikemukakan di bawah.

Proses Pencalonan Tidak Sempurna.

Proses pencalonan yang dilaksanakan di Bujang Senang pada hari Selasa, 24 November 2009 yang lalu dilihat tidak sempurna atas beberapa faktor penting. Pertama sekali ialah hari yang ditetapkan untuk mencalon terikat dengan hari yang adanya kuliyah bagi majoriti pelajar perubatan di Mansoura. Sesungguhnya keadaan ini merumitkan keadaan kita sebagai pelajar. Tambahan pula masa yang terhad juga menyukarkan keadaan bagi pelajar keluar mencalon kerana kuliyah tamat lewat hari. Teramatlah diharapkan pencalonan tersebut dapat dilaksanakan pada hari minggu serta lebih daripada satu hari bagi membuka peluang untuk semua pelajar untuk keluar mencalon.

Pencalonan Tidak Mewakili Suara Majoriti Pelajar.

Pertama sekali, Tanya diri anda. Adakah anda tahu tentang tarikh pencalonan tersebut? Adakah anda faham fungsi dan kepentingan sebenar proses pencalonan tersebut? Sesungguhnya majoriti pelajar kita samada tidak sedar akan hari pencalonan tersebut ataupun tidak sedar akan kepentingan pencalonan tersebut. Tidak kira apapun faktor yang menyebabkan berlakunya keadaan sebegini, kami hanya ingin mengusulkan pencalonan semula agar pencalonan tersebut mewakili keseluruhan suara majoriti pelajar.

Kesimpulannya, kita bukan mahu merombak dan mencelarukan persatuan yang sedia ada, tetapi hanya ingin menyuarakan suara agar pencalonan dilaksanakan semula dengan kehadiran semua pelajar agar Persatuan Perubatan Cawangan Mansoura yang dimiliki semua pelajar perubatan di bumi Mansoura ini mendapat sokongan 100% pelajar kita.

Kami tidak mahu kelak calon yang dilantik adalah dikalangan suara minoriti dan berlandaskan pencalonan yang tidak sempurna. Ini akan menyebabkan PCM akan bermasalah di masa hadapan.

Oleh itu, jika anda mahu proses pencalonan yang lebih telus, dan mewakili suara kita semua. Seterusnya memperjuangkan suara, kebajikan serta masa depan kita semua lebih terjamin. Setujulah dengan usul ini. Silalah tandatangan!

Sekian terima kasih.


*******

Petisyen ini boleh ditandatangani menerusi wakil-wakil dibawah selewat-lewatnya 1 Disember 2009 Jam 12.00 tengahari:

  • Fathi Munzir bin Nadzri (Semester 3)
  • Muhammad Nur Zayany bin Alwi (Tahun 2)
  • Muhammad Taqiyuddin bin Yahaya (Semester 7)
  • Kushairi bin Zuradi (MARA)
  • Aiman bin Jusri (Medik Mesir)
  • Ahmad Syamir bin Abdullah - sito (Pengerusi GMMSC)
  • Ibrahim bin Nagour Ghany- macha (Tahun 3)
  • Azami Adli bin Roslan (Tahun 2)
  • Abdul Hadi bin Ahmad (Semester 7)
  • Ahmad Azhari bin Amirullah (Pergigian)
  • Ahmad Asyraf bin Abdul Rahim (Semester 7)
  • Muhammad Al-Amin bin Abdul Razak (Akademi Quran)
  • Mohamad Amin Firdaus bin Adnan (Tahun 2)
  • Muhammad Fuad bin Jaafar (Pengarah MMMC)
  • Mohd Khairul Sufian bin Md. Zain (Semester 7)
  • Mohd. Farid Afif bin Zubbri (Tahun 2)